Jumat, 26 Desember 2008

Melancung ke Malaysia.

1. Post aku yg sebelum ni ader ramai yg blur tak tau hujung pangkal, tapi ader gak yg dapat straight away. Aku dah komen panjang berjela kat situ kalau korang tak de kerje pekdah nak buat boleh lah bacer. Tapi aku nasihatkan, bacer Al-Quran ler lagi baik.

2. Sekarang ni aku tengah melancung ke Malaysia selamer 12 hari. Konfirm 12 ari tu aku makan tak lalu, berak tak puas, kentut tak busuk di sebabkan di landa kecuakan meninggalkan kedai aku di tangan budak2 ingusan tu. Bukan cuak kedai aku tunggang langgang, makanan tak cukup dan servis lembab. Sebab tu memang dah berlaku tiap2 ari maser aku dok jage. Aku gabra kalau dieroang jage kedai jadi cun melecun, masakan kaw-kaw dan servis tip-top , jadi nyusahkan aku nak menten standard nanti la....

3. Bisnes slow sikit sekarang ni, tu yang aku ngelat balik jap antar anak bini. Boleh gak aku buat research sikit cari resepi masakan2 baru dan cari bini2 baru.

4. Speaking of bende2 baru, kedai akan berwajah baru. NAnti aku post gambar. Tertinggal kat adelaide la.

5. Sabtu depan aku dah kene balik ke tanah air tercinta australia darul kangaroo. Alamak husna dok kacau aku. Setakat ni dululah yer
Sekian. Wassalam.

Rabu, 17 Desember 2008

Gunalah otak, sebelum melantak!

1. Angkat tangan saper pernah jumpa DAGING KANGAROO HALAL di adelaide!
2. Angkat tangan saper pernah jumpe kedai butcher jual DAGING KANGAROO HALAL di adelaide!
3. Angkat tangan saper pernah jumpe brader tukang sembelih KANGAROO HALAL di adelaide!
4.Angkat tangan saper pernah jumpe tokey kedai (husband mat salleh or bini melayu siam) yg jual DAGING KANGAROO HALAL di adelaide di mane2 masjid waktu semayang jumaat atau raya!
5. Angkat tanagn saper raser kalau kedai tu boleh jual DAGING KANGAROO HALAL, jadi ayam/lamb/lembu dier pon kiter halal makan tanpa ke-cuak-an maksima!
6. Angkat tangan saper pernah mintak tengok certificate halal di kedai yg jual DAGING KANGAROO HALAL tu, untuk daging kangaroo, daging ayam, lamb atau lembu dan certificate halal untuk kedai itu sendiri!
7. Angkat tangan saper pernah makan DAGING KANGAROO HALAL di mane2 rumah senior, postgrad, local muslim atau kedai aku!
8. Angkat tangan saper takde otak!
9. Angkat kaki saper tak nak angkat tangan sebab penuh bulu ketiak!

Sekian, makaseyy, wassalam.

Minggu, 07 Desember 2008

Kerja kosong. Khatib di perlukan.

1. Happy rayer qorban everybodi. Yes the shop will be closed. Aku pon nak beraye.

2. Sori lah aku lame tak update sebab aku malas dan ader byk kerje lain. Comp aku pon dok crash memenjang, sampai tertido2 aku dok meng-reinstalled aper2 yg patut. Satu je nak cakap. VISTA is SHitA.

3. Kepada sesiaper yg dah grad taun ni, tahniah dan boleh blah. Kepada sesiaper yg kene extend lagi I said thank you and I welcome U.

4. Pegumuman pertama. Maner2 mak, pak, tuk, nek, opah, tok wan, abg, kakak yg cun, pak sedara, mak sedara yg cun yg belum kawin, janda, cucu-cicit, sepupu-sepapat, tunang, girlfren, uncle, auntie, tok penghulu kampung, jaga sekolah yg datang untuk celebrate graduation atau sajer jer buang tebiat datang melawat Adelaide ni, aku bagi diskaun 20 percent cam student gak la. Jadi jgn takut2 dtg kedai ye.

3. Pegumuman kedua. Kiteorang dok carik volunteer utk jadi khatib semayang jumaat kat Uni sepanjang cuti ni. Jadi sesiape yg sudi silelah bitau pihak yg berkuasa (ehh sape ye? aku pon tak tau nak bagitau saper). Syarat2 utk jadi khatib Uni adelaide ni memanglah mudah. Pemohon/pengvolunteer mestilah:
a. tau camne nak semayang
b. datang semayang jumaat
c. tau prayer room Uni adeladie kat maner
d. lelaki sejati. Pengkid akan di sula.
e. mempunyai kaki yg perkasa utk menapak naik tangga. Saper naik lift akan di persoalkan kelakiannya. Lift hanya untuk awek atau org2 yg nak usha awek. Mane leh khatib mengusha anak dara org. Tu petander lomah iman tu.
f. Iman yg tidak lemah.
g. tidak bengap kerana kena follow sedikit rukun yg simple.
h. tidak bisu. Kerana kalau pakai sign language tak cukup 40 org leh faham aper kau dok communicate. Lagi satu boleh ke guner sign language seblah tangan je sebab tangn yg lagi satu kene pegang script khutbah kan?
i. tidak buta. Kerane kene bacer script khutbah sikit. Klau anda seorang yg cacat penglihatan, anda masih boleh menjadi khatib tapi hapal je lah rukun2 lam bahaser arab tuh. Khutbah sendiri goreng lah kan. Tapikan sedikit kemusykilan. Kalau anda seorang yg cacat penglihatan. camner anda boleh bacer blog ni?
i. boleh mambace script bahase arab yg disediakan. Tak paham pon tak pe.
j. boleh mambace bahaser inggeris. Org lain kenalah paham ape kau doh berkhutbah. Tak perlu lah perfect pronunciation macam Harjit Sigh Hullon. Cukuplah kalau boleh kurangkan sedikit slang kemalaysia-an, kekelantan-nan, keutara-an dan keultra-man-an.
k. Sebaik-baiknyer seseorang yg biler bercakap air liur tak bersembur sampai 10 saf.

4. Kan senang tu. Tak perlu kene pergi sekolah arab ker, lulusan al- azhar ke, sehensem aku ker untuk layak jadi khatib. Almost every bodi can do it. Except me, sebab aku ni kurang konfiden, kurang iman, dan kurang siuman.

TQ, Slamat rayer, Maap zahir batin, Wassalam.

Rabu, 03 Desember 2008

Nah amik update engkau.

Bile nak update? Bile nak update? Ni aku update la ni. Ok babai.

Sekian mekaseh wassalam.

Selasa, 25 November 2008

Pemburu bohsia dan futsal

1. Wei wei wei. Ingat tak ari tuh aku mintak tulun carikan penganti bohsia aku. Korang memang lahabau. Sekor jer nak tollong aku. Jadi sebab aku dah janji kat post tu nak bagik 20 dollah baucar utk the best suggestion, aku declarekan mr/miss anon yang beremail di ardwerkz@yahoo.com sebagai pemenang. TQ beri much. Teh tarik aik cheong tu bini aku ader sekampit kat opis dier. tak best pon kate nyer. Tapi masalah utamanya adelah, dier dah siap2 campur susu skali kan. Jadi satu paket utk satu glass. Mahal lah cost dier jadi nyer. Anywho, thanks for the sugestion mr/miss ardwerkz. Aku akan mail kau dan kau leh dtg tuntut hadiah anytaim.

2. Kalau ader org tanye saperkah world champion football sekarang. Jawapanyer mestilah Itali kan sebab dieorang menang 2006 FIFAworld cup kat germany aritu. Disebabkan takder world cup 2007, 2008 dan 2009 Itali akan pegang title the best team in the world sampai South Africa 2010 lah kan.

Jadi kalau org tanyer sape kah champion futsal kat adelaide tahun ni, jawapan nyer mestilah ehm ehemm..team ensem ni

Kami menang 2007, dan di sebabkan 2008 tak de futsal tournament, aku dengan kembang lubang idung nyer mengnobatkan team aku sebagai FUTSAL CHAMPION 2008!! Jgn jeless bro. Tahniah huhu, fahmi, jibo, apam, omar, lee, Allahyarham muk dan gua. yeaaaaa. we are the champion, no place for looserss. Nanti kiter buat meeting sesamer kiter nak set saper dapat piala best player dan top scorer futsal 2008. Ihsan Huhu makaseh for the picture dan tolon sebarkan khabar gembira ni ke seluruh pelosok Adelaide. Ehh sorang tolong bagitau muk yer....gilo budak ni tak der kat adlaide pon leh menang.

Aku tau pass ni akan kedengaranlah suara-suara sumbang mahram yg protes dan akan ader timbul dalam otak2 lucah budak2 ni utk buat last minit tournament. Lu bole blah!! Miss posa boleh di qadakan, telajak dateline buat futsal tournament tak boleh di qadakan, sebab takde dalil aqli dan naqli pasal kes ni. Terimalah kemenangan kami ni dengan hari yg terluka..mauahhaha.

Sekian. Mekaseh sebab bagi kami menang free. Wassalam.

Ulat bulu dah naik daunnnn!


1. Miracle do happen. Harge minyak murah giler beb. Jom semuer beli banyak2. Kalu tak de keta pon boleh beli minyak, pastu simpan cam saham ler. Harap2 harge brg2 mentah aku jatuh sikit pass ni pasal transportation cost jatuh lah kan. Biler cost aku murah, boleh lah aku jual murah sikit kat korang........muahahhahah.. boleh blah. Its one way street babeh. Once its up, it stays up. Otak aku mungkin mereng , tapi nafsu aku yg pegang stereng. Nafsu nak kayo dan nak kawin dua..ceewaahh. Kau ingat murah ke nak kawin 2 sekarang. Kena bagi gula2 kat pak mentua sikit, kat bini tua sikit dan kenduri kendara, maner aku nak cekau fulus?

2. Ader org dok tanyer "ape ke jadah kau ni asyik citer nak kawin 2 jer, nak sangat ker?" Muahahhaa. Yes pliss. Tak de lah. Aku tau ramai yg tensen biler citer pasal kawin 2 ni. Poligami ni isu yg leh bawak kepada perpecahan keluarga, perpecahan pinggan dan perpecahan kepala. Tapi sebab aku degil dan suka sakat org2 yg anti poligami ni, aku nak citer gak pasal poligami. Kalu leh, tiap2 post aku nak kaitkan dgn kawin dua tiga atau empat muahahha.

Aku happy kawin ngan bini aku sekarang. Alhamdullillah. Tapikan kalau aku leh kawin satu lagi tak ke double my happiness. Worst case senario, katakan bini muda aku sewel. Satu happi satu tak happy , jadi aku jadi neutral balik cam zaman bujang dulu la...in the state of hampeh-ness. Penyelesaian nyer mudah. Kawin no3. Kalau worst case senario bini no 3 aku "masuk angin keluar asap" gak. Aku carik no 4 utk neutralkan yg no 3. Kalau pisang berbuah 3 kali, yg no 4 ader angin kus-kus pulak, aku akan tetap happi. Camner lak tu? Kan ader satu jer bini tua yg baik tapi ader 3 bini muda yg mereng?

Kawin bukan matematik my fren. Maner ade org kawin 4 ateh dunia ni yg tak happi. Maner dier, cube tunjuk kat aku. Ader 4 org bini beb, best giler tuh...Ader 4 macam paras rupa, 4 jenis cara masakan, 4 otak utk fikir masalah keluarga, 4 org yg generate duit utk famili (kalau bini2 keje la kan), 4 kampung untuk balik beraya dan 4 kitar haid yg berbeza-beza. Impossible utk tak best. I rest my case your honour.

Senang nyer dalam hati, kalau jadi lelaki.......

Sekian. mekaseyyyyyyyyy. Wassalam

Selasa, 18 November 2008

Mari mari adik kakak abang pakcik..dah ader poll terbaru

1. Sorry, aku busy sikit semenjak dua menjak nih. Ni pon aku curi2 maser update.

2. Ulasan poll lagu. Mekasih kpd yg menunaikan tanggungjawap mengundi.
-Cayalah no satu dgn 46%(12 undi) nyer ialah tak pasang aper2 cam sekarang. Senang keja aku. Aku memang dah agak dah.
-No dua pasang lagu jiwang at 30% (8 undi). Rock kaparkk ruless
-No 3 Fiona 24/7 at 23 % (6 undi). Ni nak dengar lagu fiona ker nak dengar lisa nyanyi ni?
-No 4 Death metal at 15% dgn 4 undian. Ni tak lain abg ben ngan lutife; mula2 kat rumah, pastuh pakai comp uni lak!
-No 5 Al-Quran at 11%. Korang ni aper nak jadi. Suruh bace liat, nak suruh dengar plak malas. Terpaksa lah aku mengambil tindakan drastik utk menenangkan jiwa ku yg bergelora ni. Kalau bini aku tanyer kenaper, aku nak salahkan poll korang ni!
-No 6 Hindustan at 7% dgn 2 undian. Satu Arsyad, satu lagi Usin. Org lain maner? Racist la korang nih. Kari mau, maruku mau, capati mau, teh tarik mau, kain pelikat mau, toll mau, lagu industan apa pasal tarak mau?
-No 7, 3% dgn 1 undian jer nasyid jiwang utk carik calon bini. Muahahhaha. Korang ni budak2 laki, tak nak carik bini educated ker? Ker sabar menanti awek2 malaya yg "educationally challenged". Kawin bini educated lah best. Nanti dier mesti senang dapat kerja, pastuh dier akan bizi ngan kerja tak lekat kat rumah, makan minum anak maid indon yg jaga, anak pon cakap bahasa indon, piala Thomas pon sokong indon, nak jumpa kena buat lunch date, balik rumah dah gelap lama-lama muka bini pon dah tak ingat kalau jumpa siang2. Itulah sebabnye saya nak kawin 2 tuan hakim!! Ehh terpraktis kuat2 lak.
Tu lah , kalau kawin bini kurang education (ni aku generalised lah ni) nanti bini dok terperap kat rumah 24/7, jumpa tiap2 ari dan dijaga segalanyer, so tak kukuh lah alasan nak kawin satu lagi...betul dak?


3. Poll terbaru. Ari tuh ader konco2 MAS aircrew dtg makan kedai. Skali ader org naik angin sebab brader2 MAS yg beruban panggil dieorang "kakak". Dieorang kata dieorang masih muda lagi, jadi tak patut la di panggil kakak. Jadi aku suggestkan aku buat poll lam nih, nak tau aper pandangan korang. Individu yg traser ati dan yg meng-volunteer diri untuk di poll-kan adalah "kakak" Lisa dan "kakak" Seri. Saper Lisa dan Seri ni? Boleh usha sini.
Pekerja cemerlang yg kanan tu Lisa dan yg kiri Seri. Di waktu kedai tak laku, kepala mereka di gunakan utk sangkut kuali2 basah oleh brader Kamarun.

Jadi persoalan yg di tanyakan adalah "Wajarkan Cik Lisa dan Cik Seri di panggil kakak oleh krew MAS yg beruban?" Pilihan anda adalah seperti berikut
a) Wajar. Beruban tak semestinyer tua. Ntah2 silap pakai minyak rambut, tak pon genetik. Tengok APAM!.
b)Patut. MAS crew dilatih untuk bersopan santun. Adalah menjadi adab melayu untuk menghormati seseorang dgn di panggil panggilan abang atau kakak.
c)Memangla. Kalu panggil "cik adik" kang ader org perasan pramugara tu nak ngorat lak kang.
d)Bagus apa. Kalau panggil puan lisa/sri nanti ader org kene sawn babi lak ari tu.
e)Tepat la tu. Sedarlah diri sikit, korang dah tua!!
f)Tak patut. Kalau saya , saya panggil makcik Lisa dan makcik Seri. Dah layak jadi mak tiri saya dah ni

Aku ni bila pramugari panggil aku abang , aku tak kesah pon. Kalau panggil sayang pon aku tak kisah.
Sekian.Makaseyy. Wassalam.

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger