Kamis, 10 September 2009

Main Game Selama Seribu Bulan!! Fulamekk!!


Salam,

1. Cuak gak aku kalau2 korang dok baca blog aku yg merepek ni di malam lailatul qadar. Tak pepasal aku pon dapt saham jahat gak!

2. Jadi, ana selaku Sheikh Ensem Al-Swing Bowly, bercadang nak letak posting ala2 tazkirah je lah, di sepuloh malam terakhir ni lah kan.

3. Seperti yg nak termuntah mana2 uztad dok balik-balik cerite, malam lailatul qadr ni adalh malam di mana ibadat kita di supercharge seolah kita beribadat selama seribu malam. Apa nas-nya?
Surah 97 a.k.a Surah Al-Qadr (from here)
ayat 3.
The night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months (i.e. worshipping All�ah in that night is better than worshiping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months).

4. Jadi, jgn lah membuang masa (seperti menulis blog contohnya...ciss). Rebutlah peluang ini sebaiknya. Mana tau besok dah gol.

5. Tapi , selaku seorang yg berminda mereng tapi aktif, aku selalu dok pikir sejak zaman MRSM aku, 15 tahun yg lampau (tak elok nipu bulan posa....17 tahun sebenarnya). Aku pikir, kalu gitu, what if seseorang tu buat bende tak pekdah, contohnya pegi main mercun ke, atau main game ke di malam lailatul qadar tuh. Adakah akan tertulis di kitab amalan dia, yang dia dok main mercun atau main game tuh selama seribu tahun jugak?

6. Lagi teruk, what if orang tuh buat jahat. Adalah dosa kejahatannya akan di gandakan selama seribu bulan jugak? Amamak Ala-mamak!! Baru korang cuak.

7. Jadi aku nak tau la apakah jawapannya sebab nanti boleh buat modal nak pujuk budak2 kaki projek di maktab aku tuh, supaya tak notty2 di bulan ramadan ni.

8. Tapi bila aku dok tanya ustad2 ni, depa samada tak menjawap soalan ataupon lagi teruk, aku pulak yang kene tuduh...
"Woii!! Awak ada cadang nak buat jahat ke pada malm tu?"
Aku cekik engkau pakai serban tu kang!! Ehh,...sabar..sabar. Bulan posa nih.
Aku rasa depa buat camtuh, sebab ustad2 tu pon tak tau apa jawapanya. So , itu pasal dok belit2 tu.

9. Sampailah aku jumpa sorang ustad ni, yang walaupun muda dari aku, tapi sungguh berhikmah jawapannya.

10. Dia kata, dia pon tak pasti. Tapi sebaik2nya, elakkanlah buat jahat di sepuloh malam terakhir dan juga di mana2 malam atau siang pon tak kira bulan apa. Cuma dia tegur pasal soalan aku yg agak nakal tu sikit.

12. Dia kata tak pelik org cam aku yg dok tanya soalan agama yg bengong2 sikit. Pernah terjadi dalam sejarah islam, iaitu di zaman kekhalifahan Abassiyah (rujukan), di mana org dah mula memandai masukkan unsur2 logik akal ala-greek/aristotle gitu kedalam pengajian agama islam. So banyaklah topik2 "hypothetical" yang di perdebatkan di zaman itu, sekadar untuk mengasah minda atau lagi tepat, untuk tunjuk sapa lagi pandai. So bila dah glamer, sultan lagi sayang dan ulamak tu dapt habuan lah yg sewajarnya. Ala2 imam hadhari zaman pak lah lah gitu!

13. Aku pernah follow bapak aku belajar kitab kuning yg diskus bende2 hypothetical merepek gini. Kalu tak silap ingatan aku, pasal
"kalau lembu betina di romen oleh manusia, dan lembu tu dapat anak, bolehkah anak "bu-sia" itu di jadikan korban di hari raya aidil adha?"
Jawapannya, Boleh. Bahkan ustad tu kata, "bu-sia" tu siap boleh jadi imam semayang raya tuh dan lepas raya boleh pakat ramai2 sembelih dia. No Hal!! Wallahualam bi sawab..


14. Gilo Babi merepek! Itu pasal biler Kerajaan Abassiyah kene atttack dengan mongol pada tahun 1258, selambe je kene tibai sampai putus kejap kerajaan islam yg continuous sejak dari zaman nabi Muhammad s.a.w lagi. Mampos engkau! Otak pandai terlajak tapi badan lemah. Kira2 pak2 arab zaman kerajaan abassiyah tuh macam budak2 nerd la. Otak besar, bicep cinonet!

15. So, moralnya ustad tu kata, jgn lah kita dok bazir waktu dengan buat pende2 tak pekdah atau pikir/diskus isu2 yang bukan aulawiyat/keutamaan/penting (rujuk 1, 2). Jadi kurangkanlah soalan2 hypothetical gitu.

16. At least soalan aku boleh lah jugak di layan. Ustad tu dok cerite, ustad dia (ustad kepada ustad aku), kene tanya,
"Tadi ustad kata air mani tu bukan najis kan. Jadi kalau gitu sah tak kalau kita ambik wuduk pakai air mani?"
Aku rasa ustad tu mesti stop kejap, nak menenangkan diri daripada meng-sidekick tulang rusuk budak tu. Akhirnya, dia menjawap dengan penuh hikmahnya.

"Awak kumpul dulu air mani sebanyak dua kolah, nanti saya bagi jawapannya!!"

Bijak...................

Sekian tazkirah kita pada malam ini drp ana, Sheikh Ensem Al-Swing Bowly atau shortform S.E.X.Y. Semoga mendapat iktibar.

Mekaseyy..
Wassalam.

Comments :

0 komentar to “Main Game Selama Seribu Bulan!! Fulamekk!!”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger