Rabu, 10 November 2010

Dear JOHOR: Stop Fucking Selling Raw Water To Singapore.

Salam,

The "caruts" are more than necessary.

1. Baca lah blog che det or DrMahathir untuk yang buta politik. Water agreements.

2. Tengok these facts!

3. Johor skang ni jual air mentah 3 sen per 1000 gallons kepada Singapore.
Pastu Johor beli balik air yg "telah di proses", 50 sen per 1000 gallons daripada Singapore.

4. Jual 3 sen, beli balik 50 sen ....................
Babi pon lagi pandai drp org Johor yg buat agreement nih!


5. This fuck-up telah berlaku sejak 1961/62! Agreement 50 tahun tu bro! Macam aku cakap.
Babi pon lagi pandai dari orang Johor ni.


6. Kira2 10 tahun yg lepas, Kerajaan Johor telah di berikan peruntukan yg cukup untuk buat their own water treatment plan. Skang ni ada 42 such facilities di Johor. Tapi ......... Johor still beli processed water from Singapore jugak!
Aku dah cakap. Babi pon lagi pandai dari orang Johor ni.


7. Johor jual air kepada Melaka pada harga 10 kali ganda lagi mahal drpd kepada Singapore. Singapore bayar 3 sen/1000 gallons. Melaka bayar 30sen/1000 gallons (kontrak 100 tahun!!) Singapore adalh negara asing. Orang2 Melaka adalah sedarah sedaging seagama dengan kita.
Apa aku cakap tadi. Oh Ya! .....Babi pon lagi pandai dari orang Johor yg buat agreement ni.


8. So next year, 2012, the agreement with Singapore will be expired. So new agreement will be made. So people with better brain than babi will definitely negotiate better terms with Singapore. Better prices. Extensive escape clause.

9. But guess what? Babis are still lurking in Johorian Government. It is not the question of whether they will do any damages. It is the question of how much damages will they do.

10. As DrM pointed out, "Malaysian negotiators are unduly generous and we often provide ourselves with no exit clause".
In other words, we are stupid motherfuckers. Kena kencing buta2 ngan Singapore, Brunai, etc.

11. Belief me, right know, Singaporean intelligence has already identified the babis that will negotiate the agreement with them. Dan babi-babi ini sedang di bagi makan oleh Singapura dengan pelbagai jenis makanan.

12. Dan sekiranya ada di antara babi-babi ini tak nak makan, Singapore boleh panggil Big Boss. Mesti ada sebabnya segala kehendak Kesultanan Johor di jaga rapi oleh kerajaan Singapore selama ini. Hutang budi di balas bodi. Atau bolehkah Tuanku berlaku tegas di dalm hal ini demi kepentingan Negeri Johor?

13. My suggestions for the agreement. Satu, re-new yearly. Kedua, sell only processed water at high rates. Nak ambik. Tanak sudah.

14. Orang Singapore takkan mati dahaga pon. Duit diaorang kalau bakar kat tokong masa mati, boleh jerebu satu dunia sepuluh abad kot.

15. Plus this is only water we talking about. What about other Malaysian resources yg kita jual kat Singapore harga ciput, pastu beli balik pada harga emas. Macam kelapa sawit, petroleum, buah-buahan, errr.....aku dah tak de idea dah. Tapi konfirm korang semua tahu kan?

16. Warning though. Water is one of the things that Singaporean will be willing to go war.
Are we ready for Singaporean invasion into Johor?


Tengok Singapore no brapa.

17. Err.....Aku tak kisah pon kalau Singapore nak annex negeri Johor. Aku orang Kelantan. Lagipon Johor ni kubu kuat UMNO. Kalau Johor tiada di Malaysia, senang banyak gila babi lah untuk PAS berkuasa di Malaysia. Muahahhaha....

18. Sebab di Johor ni, kalau Abu Jahal ke, Firaun ke or even Lee Kuan Yew pakai songkok pastu bertanding atas tiket UMNO lawan Nabi Muhammad yg berparti PAS, katakan, kau agak2 orang Johor akan sokong sapa?

19. Did I ever mention to you, I was born in Johor Bharu? Dem!

Sources
1. Che det Blog. "Water Agreement"
2. The Star. The new water deal with Singapore should not be "indefensible": Dr Mahathir.

Sekian, mekasey, wassalam

Selasa, 09 November 2010

Qurban Di Adelaide

Salam,

Kepada sesiapa yg nak Qurban kat sini, MyPSA boleh organize.

Sekor lamb $120
Lembu satu bahagian $200.

Please contact Sayuti: 0468945948 BEFORE MALAM BESOK.

JOM!!

Or...kalau kau rasa org2 Adeled ni dah cukup makan, kau boleh Kurban kat obersea. Kau pegi lah google sendiri website Human Appeal International. Kelik sini.

Takpon, kau boleh bagi duit kat aku or sesapa di SBowl. Aku agent kutipan Human Appeal International.
AUD130 shj.

Wassalam.

Senin, 08 November 2010

Wali Allah vs Tok Guru !!!

Salam,

1. ALHAMDULILLAH!
Ustad UMNO telah di angkat menjadi WALI ALLAH!
Takbirrrr!!
Wali Allah ni bro.....Wali Allah! Jgn maen2!
Berada di martabat Rabiatul Adawiyah, Hasan Al-Basri, Wali Songo etc!!!

2. Wali Allah ini bernama....Ustad Mohd Nor Idris, bekas calon Barisan Nasional Pengkalan Chepa aritu. Kawasan Nik Aziz tu bro...

3. Wali Allah vs Tok Guru? Hmmm...sapa aku nak undi yer..

4. Mari kita mendengar sedikit tazkirah daripada Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOii sewaktu "Yang diMuliakan" melepak di rumah bekas ADUN Galas Haji Omar Muhamad (rumah org UMNO ni gamaknya)


Versi asal takde subtitle.
Comey baju Ustad. Tapi guano lambang UMNO kecik dari lambang s0-Malaysia(1-Malaysia).

Err...Ustad....Saya pon tak sembah mugotu (bende itu). Saya sembah Allah! Maafkan saya. Patut saya tak jadi Wali Allah mcm Ustad.
_____________________________________
Karamah

5. Wow! Memang betul Ustad ni Wali Allah.
MasyaAllah! MULUT MASIN

Karamah Pertama: (Minit 2:30):"Kalau boleh biar TV tunjuk seluruh dunia". Alhamdulilah doa Wali Allah ini terangkat! Skang dah masuk utube. Bukan setakat satu dunia. Malah sampai ke kiamat, anak cucu , cicit, cirit, birit boleh tengok.

Karamah Kedua: (Minit 2:13): "Ambo tidok akan bersalam dengan dia!". Ilmu firasat. Boleh tau apa yg akan berlaku! See the future. WoW! Ustad! Mintak no ekor boleh?

Karamah Ketiga: Baru sebut2 Nik Aziz, tetiba..."TOING!"...terpacak Nik Aziz depan rumah!

Karamah Keempat: Kat bawah nanti....
_________________________________________
Tok Say Salle"

6. Maka apabila Tuan Guru Nik Aziz datang, Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOii tetiba tak nak bersalam ngan Tuan Guru pulak. Semua org pelik. Sebab semua org bukan Wali. Org bukan Wali, tau hapa?
Maka terjadilah adegan di bawah.


WOW! Kau patut bersyukur Nik Aziz. Naseb baek Wali Allah tu tak kuarkan power "Hikmat Guang-Zhaou Tujuh Petala Syurga Escalator ke Neraka" kat kau! Kalau tak, abes jadi serbuk2 atom serban kau tu nanti!

7. Apa2 hal pon, cantik kopiah Yang Mulia. Putih dengan bulatan merah. Beli mana tuh? Ada jual ngan lambang 1Malaysia tak?
________________________________________
Jange Pege'

8. Nak jumpa Wali Allah ni bukan senang. Lagi susah dari jumpa RockStar! So ada la brader taff dok usap2 baju Al-Fadhil Ustad Waliyullah, untuk mengambil "berkat" gamaknya. Maka.......


Antara sifat2 WaliAllah ialah mereka sentiasa bertawakal kpd Allah. Tiada di dunia ini yg di gentari olehnya. Mati syahid itu idaman mereka. So, brader taff. jaga2! Kang datang burung2 di angkasa melepaskan batu2 dari neraka ke atas kau!
__________________________________________
Galah

9. Jadi, insiden ini berlaku sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas last week. Maka besoknya, PAS dan blogger2 "nakal" yg pro-pembangkang telah mengsebar2kan video ini. Mereka cuba menfitnah WALI ALLAH ini! Betapa notti mereka ini!
Mereka kata Yang diMuliakan Ustd Mohd Nor Idris ..........emo!
Maneder? Ni bukan emo. Ni adalh errrr.....hmm ......tegas dan berani!

10. Nasib baik orang2 Galas tak baca blog! Internet pon nazak gamaknya kat situ! Maka tak effek kempen Parti Islam UMNO pon. Maka Allah berikan kemenangan. Takbirr! Terbukti UMNO di jalan benar.
________________________________________
Jawapan Beliau dan Barisan Nasional

11. Akan tetapi, fitnah harus di perbetulkan. Seorang Wali Allah tidak akan senang selagi ada berlaku kemungkaran di muka bumi. Maka, dengan Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOii, dengan bantuan biro media Parti Islam UMNO, Barisan Nasional telah menerbitkan video jawapan kpd tohmahan2 tersebut.

WAJIB TENGOK! WAJIB TENGOK! WAJIB TENGOK!

...tunggu sampai ke minit ke 2 ke atas. Pastu WOW!
BN release video ini. Jadi sudah tentu Ulamak2 dan Wali2 Allah Lain di dalm Parti Islam UMNO sapport 100% apa yg di katakan di sini.
Yang Di Muliakan Wali Allah sembang kencang pasal Nik Aziz garang dan "suara setannya". Mujur ada org amik video kan. Jom kita tgk kembali video keDUA tadi utk mendengar suara2 syaitan!
____________________________________________
KASYAF

12. Ooooooo patutla! Itu la pasal. Dia cakap dia ni KASYAF!(minit 2:42).

Karamah ke Empat: Kashaf ni merupakan antara karamah yg di berikan Allah kpd hamba2 yg di redhaiNya, a.k.a WALI ALLAH.
Jadi bila Ustad Mohd Nor kata dia mempunyai karamah iaitu kasyaf, maka dia nak kata dia ni Wali Allah lah. (source).

13. Untuk yg bengap, Kasyaf ni lebih kurang cam teropong ajaib. Dia boleh merasai (deria mata, telinga, mulut, akal ,hati) alam ghaib dan perkara2 ghaib yg tidak dapt di rasai dengan organ2 manusia2 yg imannya hampeh macam kita ini. (source)

14. Kira cam mata superman lah gitu. Boleh tembos baju dan kulit. Bila kita tengok Nik Aziz, kita nampak cam org tua kan. Tapi Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOi, bila dia usha (pandang) Nik Aziz, dia nampak Nik Aziz ni "kawan2 ngan syaitan dan iblis" (minit 2:05)dan dia datang kerumah itu bagaikan "orang yg di rasuk jin"(minit 2:20) dengan "tangan dia tu macam tangan syaitan"(minit 2:39).

15. Gamaknya bila Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOi, usha BINI Khalifah Najib Al-Chicken Poxi, iaitu pemerintah Kerajaan Islam Malaysia (minit 1:26 video di atas) yg bernama Sultanah Rosmah Mansur Al-Kelentit Besi, dia nampak Rosmah itu berpurdah gamaknya! Syukur!

Ini apa yg kita manusia yg beriman lemah ini nampak.

Ini apa yg Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOi nampak dengan pandangan Kasyaf nya.
_________________________________
Chill Chill skit!

16. Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOi, ni dulu org PAS. Dulu dia lah yg kecoh2 mengkapirkan UMNO. Sekali bila dia kuar PAS, dia masuk UMNO pulak. Aik? (source) Mungkin sejak dia kasyaf, dia nampak UMNO dlm sifat fitrahnya. Iaitu sebuah Parti Islam yg cintakan Allah, sebagaimana di muka depan magazine AHZAB itu "GERAKAN UMNO ADALAH JIHAD". Perghh!

17. Sebagai peringatan. Special power mcm kasyaf dan sebagainya, boleh di kurniakan Allah kpd orang2 yg bukan Wali. Ia menjadi ujian kpd mereka, supaya mereka bertambah sesat dgn kehebatan mereka itu.
Contoh klasik ialah Qarun yg hidup di zaman Nabi Musa a.s. dulu. Dikatakan, Allah bagi dia power, apa2 yg disentuhnya menjadi emas. Kaya gaban lah dia. Last2 dia lupa diri dan Allah perintahkan bumi utk menelan Qarun berserta harta2nya. Jadi sampai skang harta yg di korek dari tanah di panggil, harta Qarun/Karun.

18. Special power yg melalok kan engkau itu di panggil Istidraj (saiful islam), (mat salleh)

19. Dr MAZA pon ada sentuh pasal isu kasyaf Wali Allah Umno ini. Kepada sesiapa yg tidak menganggap dia Wahabi , pemecah belah ummah dan Sesat Laknatullah, boleh baca di Minda Tajdid.
__________________________________________
Apa2 Hal Pon

20. Istidraj ke, karamah ke, apa2 hal pon Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOi ni mmg power. Mulut masin!

21. Jadi ..ehem...ehem! Ustad bole tolong skit dak? Ustad tolonglah doakan cepat2 skit saya kawin empat dgn bini yg muda, cun, blonde, berbodi mantap. Pastu cuba Ustad sebut2 nama saya. Boleh saya "diterbangkan" sekelip mata balik Klate percuma. Kalau "diterbangkan" ke Galas pon takpo. Bas SKMK belana (banyak) untuk kelik Kay Bee!!.

22. Alang2 tu, Ustad sebut2 kan lah nama Rozita Che Wan skali. Biar dio "di terbangkan" skali ke Galas. Boleh nikohkan saya terus ngan dia kat situ gak!

23. Tapi Ustad jgn lah sebut2kan nama Rozita Che Wan masa saya takde pulak! Kang ada Wali Allah yg syahid kang!

Sekian, mekasey, wassalam.

p/s:
- Tenkiu milosuam.blogspot yg upload video2 masuk utube
- Aku dah jumpa (kalau tak silap aku), artikel/magazine AHZAB: Perjuagan UMNO adalh jihad. Usha sini.Warning: Panas! Boleh menterencatkan akal.
- Ustd Nakhaie pon terhegeh2 nak sapot UMNO dlm isu ini. (sini)
- Soalan Bonus? Siapakah awek yg berpurdah itu?

Sabtu, 06 November 2010

Perkara2 yang lelaki tak suka pada wanita: Satu pendedahan Sensasi!

Salam,
....sebahagian drpd siri menyelak rahsia wanita...

Aku dah banyak kali jumpa bende di bawah ni di copy paste di website2, blog2, forum2 dan juga di fesbuk. Bersepah2. Penulis asalnya adalh dari blog seorang awek, esempoi.com . Bravo!

____________

20 Perkara Wanita Tidak Suka


1. MENINGGIKAN SUARA Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah

2. MENGONGKONG Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang

4. PANAS BARAN Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya

7. MENIPU Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda

8. MAIN KAYU TIGA Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’ Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga

10. PERASAN Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan

13. MATA DUITAN Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda

19. PUTAR BELIT Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda

20. SUKA KONTROL MACHO Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Credit: Blog eSempoi.Com

______________
......Hokay. My turn!

Perkara2 Yang Lelaki Tak Suka Pada Wanita

1. KUAT BERLETER.
Aik!! Membebel sampai 20 perkara je ke? Apsal tak 20 juta?

Sekian, mekaseh, wassalam.

Rabu, 03 November 2010

Mengalas batu di Sapi...

Salam,

1. Arini adalah hari mengundi untuk pilihanraya kecil DUN Galas (Kelantan) dan Parlimen Batu Sapi (Sabah).

2. Najib kene chicken pox. So malu lah nak pegi kempen ngan muka bintik2.
Ala der...pinjam je mekap Rosmah, gerenti boleh caber nyer.
Lepas ni semua official gambar kene tukar. Sebab skang muka Najib ada parut2 chiken pox.

3. Pilihanraya kecil kali ni agak sukar untuk aku "baca" kerana dua2 kawasan ni "kawasan susah"

4. Kawasan susah bagi aku itu bermaksud kawasan di mana lagi ramai orang bodoh/tak reti drp org yg reti.
Hamek kau!

5. Aku bz, tak sempat nak ulas pepanjang hujah aku. Nanti lepas dapat result baru aku explain

6. Aku rasa di Galas, PAS boleh menang, tapi majoriti very2 small. Puluh2 gitu kot. Punca utama, sebab pilihanraya buat ari Khamis. Sial betul UMNO/SPR. Sengaja tak bagi org2 KL balik ngundi. So, klau PAS kalah pon, kau paham2 je lah

7. Di Batu Sapi, BN should win. But I expect with reduce majority. Undi org2 cina akan down...sikit. Punca kemenangan. Sebab mereka ulu dan pilihanraya di buat di hari yg sama ngan Galas. So Pakatan Rakyat tak cukup kakitangan dan money utk kempen dua2 serentak.

8. Again. Sial lah UMNO dan SPR.

Sekian, mekash, wassalam.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Oley! Oley! Oley! Oley! Sumbak Gooo....Sumbak Goo!!

Salam,

Alaaaa ...Bola je pon. Game pon bukan best sangat. Kelantan main huduh lagi pon. Nasib gak dapat score 2 bijik gol tuh.
Sebab tu aku chill je bila Kelantan menang semalam .........................





YYYYYYYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRR
RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG
GGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perlawanan Semalam


......nak nangis bila aku tengok...
_________________________________________

Kami Penyokong Bolasepak Kelantan Di Adelaide, South Australia



Minit2 terakhir perlawanan dan detik kemenangan!!!

Lagu Negeri Kelate ...walaupun cuba di sabotaj oleh penyokong Selangor!

____________________________________

Terima kasih tuan rumah, Legends "Afiq, Ise, Naim, AK"
Terima kasih ISMA for the projector
Terima kasih kpd budak Klemzig yg meng-skype ke rumah Legends smalam
Terima kasih kepada semua yang hadir semalam
Terima kasih kepada penyokong Negeri Sembilan yang berani datang! Respek!- Amjar, AK dan Maer
Terima kasih kepada Skuad Bolasepak Negeri Kelantan 2010. Tenkiu Indra Putra! Tenkiu HairudinOmar! Tenkiu Badrul Razi/Piya! Tenkiu Keeper Khairul Fahmi Che Mat sebab memang main best the whole season!
Terima kasih kepada kesemua penyokong bolasepak negeri Kelantan tak kira di mana berada di pelusok dunia!
This win is for us!

Lastly, terima kasih Allah.


"Gomo Kelate Gomo"
Sekian, Mekasih, Wassalam

Jumat, 29 Oktober 2010

Jom Pergi Stadium Malam Ni !


Salam,

Wei! Jom la tengok final Piala Malaysia ramai2 malam ni
Klate lawe Negheri Sembile.

_____________________________________
TIME: After Isyak. Game start 845 taim Malaysia kot. So dalm pkul 11pm gitu taim kita.
LOKASI: Rumah The Legends-Afiq, Ihse', Naim dan AK
201, Davenport Tce, Prospect, 5082....ehh buat apa bagik poskod! Bukannya kita nak antar surat!
_____________________________________

Tenkiu di ucapkan kpd "The Legends" kerana "berani" jadi tuan rumah.
Jazakallah di ucapkan kepada ISMA kerana sudi meminjamkan projector dan screen untuk kegunaan "program" kami di malam ini.

InshaAllah, Swinging Bowl akan mengsponsor air tin dan chips untuk kesemua 30, 000 org penonton di malam ini. Tak payah cakap tenkiu. Doakan semoga aku termasuk di dalam kalangan orang2 yg beriman dan kekal hensem selalu cukuplah. Amin. Err...... dan juga kawin empat. Jangan lupa.

Berehh!!
_____________________________________

Peraturan2 Yang Perlu di Patuhi malam Ini

1. NO awek/girlfriend/chikaro/gewe/kawan tapi mesra/mambang/gundik/kekasih gelap/tunang/bakal tunang/kakak ipar/kakak angkat/ kakak betul/bini/bini muda/emak/nenek/opah/moyang/makcik/mak mertua/uztazah/penolong ketua darjah/pramugari/senimawati/angakasawati/olahragawati/di ambang wati.......dibenarkan hadir.
No zakar, no entry.
....Kami nak tengok bola, bukan nak tengok awek! Ehh..awek blakang Fasha tu cun gak...

2. INGAT! Ini rumah orang. Bukan rumah bapak hengkau.
Oleh itu, segala kerosakan, pertumpahan air atas karpet, pengepauan ice-ream di dalm fridge, pengusha-an gambar adik or kakak (kalau aku...makcik) di laptop, peng-hacking-kan fesbuk, peluru2 yg tersasar dari mangkuk jamban, pertumpahan darah, gigi bersepai, kepala putus, kepatahan kerusi, objek2 melayang, pembakaran mercun, kebakaran tilam, penterbalikan kereta, pembakaran trak polis dan lain2 aktiviti2 yang membawa kepada kemusnahan, ..... semuanya kita boleh buat!
Bukan rumah aku pon.. ...Lantakla...Yeaaaaa...

3. Semangat kesukanan wajib di amalkan sentiasa.
Oleh itu, segala maki hamun, cacian, kutukan, pengejekan, tekel blakang, sepakan, sikuan, penyekehan, peng-lesingan, balingan objek dan tembakan mercun kepada penyokong2 Kelantan dan Negeri Sembilan adalah tidak di benarkan sama sekali.

4. Jagalah Kebersihan
Di harapkan semua individu memastikan segala sampah sarap di buang di tempat yang sepatutnya. Untuk mengetahui di manakan tempat pembuangan sampah, sila lihat ke sudut penyokong Negeri Sembilan. Di situlah sampah masyarakat terkumpul.

Di minta buang atau lebih afdal baling sederas-derasnya ke arah itu. Ada sebabnya aku sponsor "air tin" bukanya "air kotak" di malam ini ......

Sekiranya "tong sampah' itu sudah lebam .... ehh tersasul plak..."penuh", anda boleh kitar semula sampah2 anda ke arah penyokong2 Selangor.

Mesra alam, amalan kita!

5. Semangat setiakawan sesama kita.
Ajaklah kawan2 kita datang beramai2 di malam ini tak kira dari negeri mana.
Terutamanya kawan2 dari Negeri Sembilan sebab aku bilang2 tak cukup satu tangan pon. Amjar, Sirul Asrar, Bukhari Ramli, AK, itu jer.

Tak best lah kan kalau hanya ada EMPAT orang je untuk kita "berkongsi kegembiraan" kalau Negeri Sembilan menang ni.
Takkan empat orang ni je kita nak peluk, tepuk2 bahu, tepuk rusuk, tepuk tengkuk, tepuk biji mata kanan, tepuk patela, dan tepuk tulang belikat. Tepuk sebelah tangan takan berbunyi. Tepuk empat orang pon tak cukup puas.

Penyokong Kelantan memang ramai gila malam ni, toksah citer. Kami memang suka bergurau senda dan bertepuk tampar.
Jadi , jangan hampakan harapan kami.

Jadi di minta tolong ajak lah sesapa yang asal dari N9, ada darah2 N9, duduk di N9, sekolah di N9, awek orang N9 dan kalau susah2 sangat, sesapa yang pernah lalu di highway N9 pon jadi gak lah.

6. Jangan over-poyo.
Ni bola je pon. Bukan hidup mati. Jadi sokonglah team masing2 dengan berpada2. Jangan taksub kenegerian yang melampau! Kita semua rakyat Malaysia kan?
Kalau team Kelantan menang, kita happy!
Kalau team Negeri Sembilan kalah pon kita happy!

_________________________

Kita hanya merancang. Allah yg menentukan.
Di harapkan malam ni streaming berjalan lancar. Kalau gambar putus2, kita layan je lah radio KelantanFC.

Jom Jom Jom!!!!!

Sekian. mekasih , wassalam


Datuk sapa yang blasah lutut Tok Guru dulu ni? Cepat ngaku!

Daftar Blog Saya

Followers

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger