Rabu, 19 Agustus 2009

Aku yg hampeh......

Salam,

1. As a parent, kadang2 kita rasa kitalah yg menjaga kesejahteraan anak2 kita. Makan minum, pakaian, pelajaran, keselamatan dll. Masa adik aku kawin aritu, ade macam upacara ikrar gitu, di mana mak pengantin perempuan melepaskan anak kepada jagaan suaminya dan anak meminta keampunan dan mintak halal susu tetek , makan minum etc dari emaknya dan bapaknya. Hmm....

2. Tapi hakikatnya, kita ni sebagai parents adalah hampes. Segala-galanya, Allah jua yg menentukannya. Kita hanya boleh mencuba sedaya upaya kita dan berdoa dan bertawakkal yang Allah berikan yg terbaik untuk anak2 kita.

3. Dan sekiranya kita di uji oleh musibah yg melanda anak2 kita, kita berharap supaya bukan sahaja anak kita, tetapi kita sendiri sabar dan redha atas ujian tersebut.

4. Dan ketahuilah, tiada yg terindah dalam dunia ini selain daripada memeluk cium anak kita dan mendengar diaorang kata "I love U papa/mama".

5. Dan ketahuilah, tiada yg paling menyakitkan di dunia ini selain daripada melihat anak kita meraung menangis di landa kesakitan. Seboleh-bolehnya, mana2 parents pon mahu beban kesakitan tu di tanggung oleh mereka, bukannya oleh si kecil.

6. Bagi aku, mati lagi baik. At least dah tak sakit dah kan? Entahlah.... Itu bukan pilihan kita pon. So, bersabarlah wahai hati.

Wassalam.

Comments :

0 komentar to “Aku yg hampeh......”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger