Salam,
1. 2 minggu lepas, iaitu minggu yg last seblum posa, memang la minggu yang hah-pening giler. Tiada siapa yang dapat menduga, di sebalik wajah tampan ku, tersirat kisah duka lara nestapa nescafe nestle.
2. Mula2 selasa tu, anak dara aku masuk sepital. Tak lama, sehari semalam je. Tapi injury yg dia suffer memanglah berkecai hati aku dan hati sesapa pon yang tenggok dia.
3. Jadi sebab dia anak mama, maka dia nak bini aku je la yg dukung dia masa dia sakit tu. Tak nak kat aku langsung. Masalahnya bini aku tengah pregnant 6 minggu plus demam suspected swine flu plus baru abis kerje. Jadi dia dah nak mampos keletihan dah lah.
4. Sekali taim tu lah tetiba bini aku britau aku dia keluar darah masa dia gi toilet. Untuk yg jahil, org2 pregnant patutnya tak berdarah lah sampai la baby tu keluar. Bini aku tanya nak buat camner? Laa..dia yang dok berdarah tiap2 bulan , boleh tanya aku plak. Aku kalau keluar darah dari "citttu" dah kompirm pegi solat hajat dan tobat nasuha dari segala kesilapan yang lampau, pastu baru gi jumpa doktor.
5. Miscarriage ke? Tapi sebab priority at the moment ialah anak aku tu, so aku kata kat dia
"persetankan darah2 itu at the moment!".
6. Bila balik rumah, bini aku pon buat telepon conference dengan rakan2 gossip/perujuk2 resepi/bidan2 amatur adelded . Maka keluarlah nasihat2 songsang dari sekor2. Jgn angkat bende berat la, baca ayat ni la, jgn makan bende sejuk la, bende panas la, aku pon tak paham. Sekejap ikut mazhab sekor ni tembikai jadi bende sejuk.Tapi bila ikut mazhab makcik yg lain, tembikai dah di kategorikan sebagai bende panas plak. Lalok sungguh.
7. Setelah 3 hari berdarah, pada hari jumaat tu bini aku dah sakit2 perut dah. Jadi sebagai suami mithali, aku pon bawak lah dia gi sepital setelah mengdownload anak2 aku kat rumah ciswani (TQ).
8. Aku dah tension dah masa tu sebab kene tinggalkan kedai. Keja banyak. Sekali tenggok doktor yg handle kes bini aku cun plak. Ilang tension. So doktor cun tu scan la perut bini aku nak tenggok condition baby aku. Sekali jeng ..jeng..jeng!
.......sekian, timokacih, Wassalam
Minggu, 30 Agustus 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Comments :
0 komentar to “Woi Bunian !! Bagik balik anak aku !!”
Posting Komentar