Salam,
....sambung cerita...dari part one.
9. Payah aku nak explain. Senang cerita, bila doktor tu scan bini aku, rupa-rupanya TAKDE BABY PON!!
10. Ginilah. Umpama telur ayam tu kan. Apa yang doktor nampak lam perut bini aku tu, gestational sac atau "kulit telur" ayam tu ada. Tapi isinya tak de! Tak de baby/fetus. Kalau betul ada baby, dah obvious boleh nampak sebab dia akan berdenyut2 dan kita boleh bilang dia punya fetal heart rate. Tapi dlm kes bini aku, hampeh! Kosong!
11. Soalan yang pertama yg terlintas di kepala hotak aku taim tu adalah
"Are you married doctor?"
....dan soalan yg kedua..
" Doktor ada no telepon harian metro tak?"
Ni sudah cerita gempaq.
" Anak pengusaha restoran cikai di Ostolia hilang dalam janin. Berdasarkan bukti2 saintifik dan genetik yang kukuh, ia di percayai di curi oleh orang-orang bunian kerana pengusaha restoran tersebut memang terkenal dengan ketampanannya di seluruh hemisphera selatan dan suku hemisphera utara. Jadi baby dia mesti comelnya, sebab tu lah kena kidnap!"
12. Di sebabkan baby tu tak "menjadi" (blighted ovum/empty sac) maka Allah telah menjadikan bodi kita, ehh bukan bodi aku, tapi bodi korang lah org2 ponpuan, mengreject kandungan tersebut secara automatik. 95% drpd kandungan yg mempunyai genetik mutation akan dengan sendirinya gugur atau miscariage omputih royak (wiki).
13. Alamak! Silap2 baby aku tu mutant dan kalau gitu boleh join X-Men, mana tau! Aku pon boleh join X-Men sebenarnya. Saje je malas. Korang tak perasan ke special power aku? Takkan tak nampak. Special power aku adalh hensem.
14. So doktor kat emergency tu suruh balik rumah dan datang balik besoknya untuk buat scan balik. Harap2 janin yg kosong tu keluar secara natural. Tension aku. Besok ari sabtu, ari first day posa atau hari tidor mampos sampai pukul doblas. Ni nak kene bangun pepagi plak dah.
15. Sekali doktor yg layan bini aku keesokan pagi tuh, mak datuk aihh!! Lagi cun dari semalam. Ni kira taraf model gitu. Tinggi lampai blonde mata biru. Bini aku pon ternganga tengok doktor tuh. Dah lah cun, pandai plak tuh. Bersyukurlah dikau wahai doktor kerana Allah telah menganugerahkan kelebihan kepada dikau dan janganlah bersedih kerana Allah telah mentakdirkan aku lagi pendek dari mu. Kalau tak aku dah tekel buat bini no dua dah.
16. So bila awek tu check bini aku, tenggok2 janin tu masih kat dalam perut lagi. So dia bagik pill nak bagik cepat sikit proses gugur ni. Pon degil tak nak keluar gak. Jadi last kopek, bini aku kenalah buat minor procedure di panggil D&C.
17. Tapi sebab procedure tu sakit cam nak terberak kalau buat taim sedar, maka bini aku akan kene bius maser doktor tu korek keluar janin tu. Bini aku cuak lah sebab dengar kene bius.
18. Jadi sebelum bini aku kene sorong masuk bilik operation, aku pon selaku suami mithali memaafkan segala dosa nya kepada aku. Aku pon mintak halal lah segala2nya yang aku buat silap kat dia dan kalau dia mati, minggu depan aku akan kawin baru dah sebab aku tak payah edah.
Selamat tinggal isteriku yg pertama...Tunggulah daku di pintu syurga. Akan ku tiba, mencarimu di sana, dengan di tangan kananku, ku pimpin bini muda ku.....
19. Aku tau bini aku paham aku kawin tu bukan sebab nafsu serakah aku yang sebesar bukit cerakah tu, akan tetapi untuk kesejahteraan anak2 aku semata2. Kawin terpaksa lah org kata..... Sapa lah yang nak kawin bini yang lagi muda remaja dan bergetah.
20. Selama 2 jam aku dok tunggu sambil2 dok pikir baju melayu kaler apa aku nak pakai, sapa aku nak jemput, lagu karaoke apa aku nak nyanyi. Alih2 bini aku pon di sorong balik ke ward. Dah settle. Musnah lah harapan aku.....untuk makan aiskerim sebab aku posa.
21. Pernah tak korang dengar org2 dok kata berita buruk ni datang bertiga. Omputih pon dok kata "bad news comes in three". Tak caya silalah google. Bagi aku haishhh merepek giler ni! Sejak bile lah mangkuk2 ni gi buat lawatan sambil belajar ke Luh Mahfuz dan tenggok takdir manusia nombor wahid alif dash wau arba'a,
"musibah mesti datang sebanyak thalatha".
Semua tu kebetulan jer. Kalau Allah nak buat berita buruk 16 juta kali berturut2 pon boleh. Itu semua kudra dan iradat Allah lah kan.
22. Jadi, first dugaan aku pada minggu itu is anak pompuan aku dan yang kedua adalh bini aku. Aku sabar dan redha je lah sebab biase lah kaum hawa ni kan kaum yg lemah. Tak heran lah.
23. Sekali nak di stori-kan cerita, musibah yang ketiga plak melanda.
Blackberry ku rosak!!
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
Dabel yu, ekx, waiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
Sekian, makasey, wassalam.
Minggu, 30 Agustus 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Comments :
0 komentar to “PART 2: Woi Bunian !! Bagik balik anak aku !!”
Posting Komentar