Selasa, 25 Agustus 2009

Promosi besar-besaran bukak posa di kedai aku!!

Salam,

1. Sorry kepada sesape yang bukak posa semalam (24/8 monday) kat kedai aku. Pedas gilos masak lemak cilipadi aku. Sampai ada yg tak termakan nasi tu sebab mintak kuah banjir!! Maklumlah first day. Lari budget la. Aku makan pon berpeluh2 macam hujan. Sekali lagi..sorri!

2. Mesti ramai yg tertanya2, camner aku rasa masakan mase taim posa2 gini yer? Senang je. Aku rasa kuah dia je. Masuk ke mulut, pejam mata dan hayati rasa masin, manis, masam etc tu. Pastu telan...ehh silap..ludah kan masuk balik ke dalam periuk makanan tersebut (sekiranya anda tak ingin membazir) ataupun kedalm sink. Pastikan dah siap2 air kosong segelas untuk menghilangkan dahaga atau kepedasan atau untuk mengkumur2 bagi ilangkan sisa2 kuah dalam mulut engkau. Pastu modified lah seikut rasa.

3. Masalahnya, untuk aku, sensor untuk kepedasan tu berada di tengkuk hensem aku ni. Jadi kalau aku tak telan, aku tak tau la pedas ke tidak masakan tu. Itu pasal, bila sianghari aku check rasa masak lomak tu, aku rasa orait je. Bila aku makan bukak posa...alamak!!

4. Sesetengah masakan tu, aku dah tak payah rasa pon sebab dah tau dah brapa banyak garam etc nak bubuh. Formula semua dah lekat kat kepala. Jadi tak lah banyak sanggat aku merasa masakan2 tu pon. Kang kalau aku dok asyik meludah ke sink setiap sepuluh saat, macam india makan sireh tuh kang bising plak mat salleh nanti.(Saudara arshad jgn terasa plak yer. Inggat semanggat 1malaysia yg di war2kan oleh PM tercinta kita)

5. Amazingly, based on last year experience di bulan posa, lepas 3-4 hari main rasa atas lidah ginni, lidah aku jadi very2 sensitive. Cepat giler pikap apa kurang. Di tambah plak bulan2 posa ginni, idung pon pantang bau makanan. Jadi bila guna lidah plus idung, insya Allah masakan beres.

6. Aku ada pernah dengar org kata biler kau dah tukang masak tahap dewata petala tujuh cakera alam, kau cium bau pon kau dah tau cukup masin ke tidak masakan engkau. Aku baru tahap prebet. Nak setakat nak rasa masin taik idung aku boleh la.

7. Anyway, promote bukak posa kat kdai aku sikit. Datangla. Sekian........

8. Sambung balik cerita. Jadi, di samping mempunyai ciri2 kehenseman yg tidak terperi2, aku pon mempunyai ciri2 keperihatinan terhadap kehendak pelanggan (yg cun). Maka kesilapan kepedasan makanan ini harus di bendung. Mana boleh jadi. Tapi aku tak nak batal posa sebab telan makanan tu.

9. Jadi dengan ini di ishtiharkan bahawasanya aku membuka jawatan kosong di swinging bowl iaitu sebagai special tester di bulan ramadhan ni. Awek2 yang berminat, di minta memberikan nama penuh, no phone, account number dan jadual kitaran haid anda di bulan ramadhan ini. Kepada kaum lelaki yg berkelayakan pula, sila kepilkan surat pengesahan doktor tentang keuzuran anda yg di benarkan di dalm syarak seperti, penyakit gastrik, belum mumayyiz ataupun hilang akal.

Sekian, terima kasih,wassalam.

Comments :

0 komentar to “Promosi besar-besaran bukak posa di kedai aku!!”

Posting Komentar

 

Copyright © 2009 by Amoi News

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger